Seorang budak dari San Diego berumur 5 tahun bernama Kristoffer Von Hassel menjumpai satu kelemahan pada XBOX. Dia boleh login akaun orang lain dengan hanya menekan butang Space sahaja tanpa meletakkan password. Ayahnya terkejut kerana berasa hairan bagaimana anaknya login akaun miliknya dan bermain permainan tersebut.
Dia berkata kepada ayahnya bahawa dia hanya meletakkan password yang salah dan kemudian menekan Space sahaja. Dengan senang saja dia bypass.
Ayahnya kemudian melaporkan ini kepada pihak Microsoft. Kristoffer Von Hassel telah diberi penghargaan daripada Microsoft kerana menjumpai bug pada XBOX.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment