Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Bukan Serbu, Cuma Periksa Betulkah Pengantin Itu Islam

Posted by kezamx on Tuesday, 3 June 2014





Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menafikan pegawai penguatkuasanya menyerbu dan mengganggu upacara perkahwinan Hindu di sebuah kuil di Petaling Jaya kerana mengesyaki pengantin perempuannya beragama Islam.



Timbalan Ketua Pengarah Jais, Ahmad Zaki Arshad, berkata pihaknya datang ke kuil hanya untuk menjalankan siasatan dengan mengambil keterangan pengantin perempuan untuk mengesahkan taraf agamanya.



Ahmad Zaki berkata, tindakan Jais itu mengikut prosedur selepas menerima aduan daripada orang ramai.



“Itu bukan serbuan atau operasi. Kita hanya datang buat pemeriksaan biasa sahaja tanya pemilik kad pengenalan betulkah dia beragama Islam,” katanya kepada The Malaysian Insider.



Untuk menggelakkan orang awam membuat kesimpulan sendiri Ahmad Zaki berkata, kes itu masih dalam siasatan dan setakat ini jabatan itu hanya memanggil pengantin perempuan hadir ke pejabat Jais di Shah Alam bagi membantu siasatan.



“Tiada isu hendak tuduh dia murtad. Jais belum buat kesimpulan lagi. Tunggu kenyataan rasmi selepas kita habis siasat,” katanya.



Beliau berkata, Jais tidak ada hak mengenakan hukuman terhadap seseorang hanya kerana individu itu mempunyai nama Islam.



“Susahlah kalau contohnya Rafael Nadal (pemain tenis antarabangsa) datang Malaysia dan pergi ke gereja kita kena siasat sebab nama dia Islam. Jadi jangan cepat sangat buat kesimpulan,” katanya.



Dilaporkan kira-kira 50 tetamu yang menghadiri upacara perkahwinan di sebuah kuil di Jalan SS 1/25 Petaling Jaya pada Ahad tercengang dengan kehadiran empat penguatkuasa Jais dan 10 anggota polis ke majlis berkenaan.



Semakan terhadap MyKad pengantin perempuan itu menunjukkan beliau merupakan seorang Islam dan Jais membawanya untuk disiasat sebelum dibebaskan.



Jais menyiasat mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988 yang menghalang bukan Islam menarik penganut Islam keluar agama dan memberikan kuasa kepada Jais bertindak tanpa waran.



Pengantin perempuan terbabit bagaimanapun dilaporkan berkata, dia didaftarkan oleh bapanya sebagai Islam di luar pengetahuannya dan membesar dengan anutan Hindu.



“Dia tak sedar bapanya daftarkan dirinya dan tiga beradiknya sebagai Islam. Dia hanya sedar selepas saudaranya menunjukkan sijil kelahirannya,” lapor Sinar Harian memetik sumber Jais.



Akhbar itu juga melaporkan pengantin itu pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar status agama dua kali pada 2007 dan April lalu tetapi gagal kerana tidak memperoleh tandatangan bapanya.



Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) mengecam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu dan mengganggu upacara perkahwinan yang membabitkan seorang pengantin beragama Islam di kuil Hindu di Petaling Jaya semalam.



Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorty berkata, tindakan Jais mencampuri urusan adat budaya agama Hindu itu melanggar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh hak kebebasan beragama penganut bukan Islam.



Sumber: The Malaysian Insider

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free