Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Azizul bebas Julai, Shalwati September

Posted by kezamx on Monday, 2 June 2014







Penjara Anstalten Hinsberg. Foto ihsan Facebook Tan Sri Annuar Musa

SHAH ALAM - Pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Nurshal dijatuhi hukuman penjara di Sweden kerana mendera anak-anak mereka bakal dibebaskan secara berasingan pada Julai dan September ini.



Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa melalui laman sosial Facebooknya, hari ini.



Menurutnya, beliau telah pergi menemui Shalwati di Penjara Wanita Anstalten Hinseberg, semalam.



"Penjara Anstalten Hinseberg rupanya tiga jam berkereta dari Stockholm. Tapi akhirnya dengan bantuan pegawai kedutaan (Kedutaan Malaysia ke Sweden), Gloria yang mengiringi saya, kami sampai juga di sana.



"Shalwati telah di pindahkan ke penjara ini dari penjara di Stockholm. Pegawai penjara sangat sopan namun sangat tegas.



"Pemeriksaan dokumen dan badan agak ketat. Hanya tiga orang dibenarkan masuk," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Ahli Majlis Tertinggi Umno ini meluangkan masa kira-kira satu jam setengah berbual dengan Shalwati.



"Alhamdulillah kira-kira jam 1.25 petang kami dapat bertemu Shalwaty dan menghabiskan waktu berbual dan bertanya khabar hingga jam 3 petang.



"Beliau sihat dan gembira mendengar berita keluarga dan anak-anaknya di Kelantan. Saya turut menyampaikan surat-surat yang dikirim anak-anaknya pada cikgu mereka," katanya.



Beliau mendoakan agar pasangan ini tabah mengjalani hukuman di negara itu.



"Insya-ALLAH suaminya bakal bebas Julai ini dan Shalwaty pula akhir September.



"Di doakan mereka suami isteri tabah menghadapi hukuman di perantauan di bawah undang undang yg agak asing dan berbeza dari kita di sini," katanya.



Mac lalu, Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Azizul dan 14 bulan terhadap isterinya kerana didakwa mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka dengan memukul serta mendera kanak-kanak terbabit di kediaman mereka di SpÄnga antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.



Kedua-duanya ditahan sejak 18 Disember lepas.



Sumber: Sinar Online

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free