Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Laparon Polis Telah Dibuat Terhadap Laman Sosial Facebook 'Anti-DAP Club', Polis Jangan 'Double Standard', Tangkap Segera

Posted by kezamx on Friday, 11 April 2014

Laparon Polis Telah Dibuat Terhadap Laman Sosial Facebook 'Anti-DAP Club', Polis Jangan 'Double Standard', Tangkap Segera


Tian Chua: PDRM jangan 'double standard'
Tian Chua: PDRM jangan 'double standard'
[sinar]- Polis DiRaja Malaysia (PDRM) digesa tidak bersikap "double standard" terhadap penyebaran mesej fitnah berbaur hasutan dan boleh mengancam ketenteraman awam yang cuba memburuk-burukkan pemimpin pembangkang.

Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang menegaskan pasukan keselamatan itu perlu mengambil tindakan tegas dan pantas tanpa melihat latar belakang khususnya fahaman politik seseorang itu.

"Jika seorang pengguna Facebook yang menyebarkan gambar palsu yang mengaitkan isteri seorang menteri, diambil tindakan cepat, ditahan dan kemungkinan didakwa, mengapa tidak kes saya?

"Penyebaran ini (kes Tian) lebih serius kerana akan mewujudkan kemarahan masyarakat Islam dan ini perkara yang sangat sensitif dan kita harap polis tidak melengahkan masa, bertindak secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut penyebaran satu posting di laman sosial Facebook yang menggunakan nama 'Anti-DAP Club' baru-baru ini yang memuat naik mesej didakwa dikeluarkan pemimpin PKR itu.

Dalam posting itu memaparkan wajah Tian Chua dengan tertulis kenyataannya berbunyi,"Tindakan ketua menteri Pulau Pinang menaikkan harga air adalah keputusan yang amat tepat, ini kerana sebelum ini rakyat terlalu banyak melakukan pembaziran terutamanya pada hari Jumaat".

Dalam pada itu, penyandang Naib Presiden PKR itu menafikan posting tersebut sambil menyifatkannya satu cubaan fitnah untuk menimbulkan kegelisahan umat Islam di negara ini.

"Saya mendesak pihak polis untuk mengambil tindakan tegas kerana apa yang disebarkan itu bukan sahaja ancaman kepada keselamatan saya, bahkan ia akan mewujudkan ketegangan kaum dalam masyarakat.

"Ia juga akan mengganggu ketenteraman masyarakat, kita tidak boleh memandang ringan isu ini," katanya lagi.

Macai UMNO Teruskan Agenda, Timbulkan Ketegangan Kaum Dengan Memfitnah

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang menafikan beliau mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman seperti didakwa laman Facebook "Anti DAP Club" baru-baru ini.

Chua, yang lebih dikenali Tian Chua, dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini menegaskan, pihaknya menerima gambar yang dimuat naik ke laman Facebook pihak tersebut dan tertera perkataan: "Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang menaikkan harga air adalah keputusan yang amat tepat. Ini kerana sebelum ini rakyat terlalu banyak melakukan pembaziran terutamanya pada hari Jumaat.”

Kenyataan itu dilihat cuba menimbulkan kemarahan umat Islam kerana hari Jumaat adalah hari untuk penganut Islam menunaikan solat Jumaat di mana air digunakan untuk mengambil wuduk.

"Kenyataan itu bukan saya yang keluarkan," katanya.........baca lagi

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free