Home » isu semasa » Keputusan pilihan raya tempatan Turki, kekalahan bagi kumpulan liberal dan sekular
Keputusan pilihan raya tempatan Turki, kekalahan bagi kumpulan liberal dan sekular
Posted by kezamx on Wednesday, 9 April 2014
4 April – Keputusan pilihan raya tempatan Turki pada hari Ahad lalu menunjukkan kekalahan besar bagi kumpulan liberal dan sekular di negara itu, lapor media Amerika, Wall Street Journal.
Media itu melaporkan kekalahan yang dialami oleh kumpulan liberal dan sekular yang menunjangi pihak pembangkang adalah kekalahan berulang yang lebih teruk.
Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang merupakan parti kerajaan telah memenangi pilihan raya itu dengan memperoleh lebih 45 % undi keseluruhan.
Kemenangan ini menurut Wall Street, bercanggah dengan ramalan pada 9 bulan lalu yang menyatakan parti AKP akan kalah teruk disebabkan krisis dalaman negara itu.
Sehubungan itu Perdana Menteri Turki Recep Tayib Erdogan dijangka menyertai pilihan raya presiden yang akan dijangka berlangsung pada Ogos tahun ini.
Labels:
isu semasa
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment