Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Azwan Ali Ambil Anak Yatim Sekolah Tahfiz Jadi Anak Angkat

Posted by kezamx on Tuesday, 8 July 2014

Tuesday, 8 July 2014

Azwan Ali Ambil Anak Yatim Sekolah Tahfiz Jadi Anak Angkat





KUALA LUMPUR, 8 JULAI 2014: Walaupun dikenali kerana tingkah laku dan tutur kata yang berlebih-lebihan setiap kali muncul di depan kamera, pengacara sensasi Azwan Ali tetap tidak pernah lupa untuk berkongsi semula rezeki kurniaan Allah SWT kepada mereka yang memerlukan.



Terkini, seperti yang dijanjikan sebelum ini anak-anak bertuah dari asrama anak-anak yatim Tahfiz Darul Aminah, Seremban telah berpeluang beramah mesra dengan barisan selebriti sensasi yang hadir pada majlis berbuka puasa yang berlangsung pada di Restoran N’Dah Mahligai Shah Alam pada 5 Julai lalu.



"Saya sudah lama menyimpan hasrat ini kerana ingin mengumpulkan semua rakan-rakan selebriti dalam sebuah majlis. Acara berbuka dirasakan bersesuaian dan tengoklah sambutan malam ini, sungguh meriah! Dah macam malam raya dah."



"Dikesempatan ini juga saya ingin membantu para anak-anak tahfiz ini, saya telah membuat keputusan untuk menjadikan salah seorang daripada anak-anak ini anak angkat saya,"cerita Azwan merujuk kepada anak yatim piatu berusia 6 tahun yang sudah dikenali personaliti popular sejak beberapa tahun lalu.






"Hidup dia susah, umur dua tahun ibubapa dah meninggal jadi yatim piatu. Jadi bermula hari ini Aqil akan saya bantu taja perbelajaan hariannya. RM500 sebulan diharap cukup dan syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang murah sekarang bolehlah saya sedekahkan, mana tau nanti di masa akan datang dia berjaya, masa itu nanti dia pula taja saya," ujar Azwan berseloroh.



Majlis berbuka puasa yang diberi nama Majlis Iftar Azwan Azli & Anak-Anak Yatim Tahfiz Asrama Darul Aminah Seremban itu diadakan dengan meriah sekali dengan kehadiran ramai artis menyokong acara amal di bulan mulia itu. - Murai.com.my

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free