Pages

kezamx. Powered by Blogger.

MAS Perkenal Daftar Masuk Kendiri Mandatori

Posted by kezamx on Tuesday, 8 July 2014





KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) memperkenalkan syarat daftar masuk kendiri mandatori bagi semua penumpang kelas ekonomi yang membuat perjalanan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 15 Julai ini.



Syarikat itu berkata dalam satu kenyataan bahawa pelanggan-pelanggan boleh menjimatkan masa yang berharga dan mengurangkan kerumitan mendaftar masuk melalui pilihan daftar masuk kendiri ini.



Hingga 48 jam sebelum penerbangan, pelanggan-pelanggan boleh memilih untuk sama ada mendaftar masuk melalui MHweb di alamat http://ift.tt/HupXxc atau daftar masuk melalui MHmobile di flymas.mobi.



Mereka juga boleh menggunakan kiosk daftar masuk layan diri yang terletak di KLIA dan stesen Express Rail Link Putrajaya.



“Pada masa ini ada 34 kiosk yang disediakan di seluruh KLIA. Pengguna telefon pintar boleh juga memuat turun aplikasi MHmobile percuma untuk mendaftar masuk dengan mudah. Penumpang kelas satu dan kelas perniagaan yang memilih untuk mendaftar masuk sendiri, boleh berbuat demikian melalui mana-mana pilihan yang ada,” jelas MAS.



Pengarah Perkhidmatan Pelanggan, Datuk Salleh Ahmad Tabrani, berkata daftar masuk kendiri ini merupakan permulaan bagi pelaksanaan daftar masuk bagasi automatik dan pemasangan tag kendiri.



“Apabila dilaksanakan sepenuhnya nanti, kiosk daftar masuk layan diri akan membolehkan penumpang mengambil alih pengalaman daftar masuk masing-masing dan menguruskan masa mereka sewajarnya.



“Penggunaan teknologi dan inovasi untuk mengautomasikan proses daftar masuk akan meredakan kesesakan di kaunter-kaunter daftar masuk.



“Pelanggan kami akan beroleh manfaat kerana ia memendekkan masa yang dihabiskan kerana menunggu dan beratur. Kami menggesa semua pelanggan MAS supaya memberikan perhatian kepada perkembangan baharu ini,” katanya.



Pelanggan hanya memerlukan rujukan tempahan mereka atau nombor e-tiket 13 angka mereka untuk melakukan daftar masuk kendiri. – BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free