Home » isu semasa » Punca sebenar kanak-kanak boleh terjatuh hingga maut tingkat 3 The Gardens
Punca sebenar kanak-kanak boleh terjatuh hingga maut tingkat 3 The Gardens
Posted by kezamx on Thursday, 5 June 2014
Pada 31 Mei lalu kita dikejutkan bagaimana seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 3 pusat beli belah The Gardens, Mid Valley.
Menurut berita yang tersebar Nur Emielda Nadia Bt Sallehudin dikatakan jatuh ke ruang sebelah eskalator sebelum melayah jatuh ke tingkat satu.
Berdasarkan siasatan dalaman pihak terbabit termasuk penelitian daripada CCTV sejurus sebelum insiden berlaku, adik Nur Emielda dan keluarganya dirakam berdiri di sebelah eskalator yang terletak di Utara The Gardens.
Ketika kejadian mangsa dilihat bermain dengan tempat pemegang tangan (susur tangan) eskalator yang bergerak ke atas sebelum tubuh kecilnya ikut tertarik oleh pergerakan susur tangan tersebut hingga hilang kawalan.
Keadaan itu membuatkan Nur Emielda tercampak ke bahagian kiri susur tangan eskalator sebelum terjatuh dari eskalator tingkat tiga tersebut.
Sebaik sahaja insiden disedari pengawal keselamatan, kawasan kejadian dikepung dan hanya kakitangan perubatan serta keluarga dibenarkan berada berhampiran.
Rawatan kecemasan CPR segera dilakukan yang turut melibatkan anggota paramedik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Polis Bricfields yang dihubungi oleh pihak pengurusan pusat beli belah.
Nur Emielda disahkan sudah meninggal dunia oleh paramedik yang melakukan pemeriksaan sebaik sahaja tiba di tempat kejadian lapor Mynewshub.
Sumber
Labels:
isu semasa
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment