Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Mick Jagger Temui Teman Wanita Baru

Posted by kezamx on Saturday, 7 June 2014





Zurich – Baru tiga bulan kekasih Mick Jagger meninggal dunia dalam keadaan tragis dengan membunuh diri, namun penyanyi kumpulan Rolling Stone itu sudah menemui penggantinya.



Jagger dan wanita misteri itu menghabiskan masa semalaman di dalam bilik hotel ketika Rolling Stones mengadakan konsert di Switzerland, minggu lepas.



Keadaan ini menyebabkan adik kekasih Mick Jagger, Jan Shane mengecam penyanyi berkenaan yang menyifatkan Jagger sebagai tidak menghormati kematian L’Wren Scott.



“Dan orang ramai tertanya-tanya kenapa L’Wren amat tertekan? Gambar ini membuatkan saya tertanya-tanya apa perasaan dan pemikiran sebenar Jagger dengan kematian kakak saya.



“ Anak perempuan Jagger menyatakan bahawa bapa mereka itu masih patah hati di atas kematian L’Wren tetapi berdasarkan gambar ini, dia tidak akan berubah,’’ kata Shane.



Mick Jagger sebelum ini dilaporkan begitu sedih dengan kematian bekas model dan pereka fesyen L’Wren yang membunuh diri di apartmen mereka di New York pada bulan Mac lalu.



L’Wren merupakan kekasih Jagger selama 13 tahun.



Sumber: My News Hub

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free