Britain – Britain terpaksa menangguhkan undang-undang baru berhubung penyembelihan ayam selepas umat Islam di negara berkenaan mengancam untuk melaporkan kepada Suruhanjaya Eropah kerana melanggar hak asasi manusia.
Ini kerana, umat Islam hanya boleh makan ayam yang disembelih berdasarkan hukum syariah.
Tindakan Britain itu, yang dikatakan mahu menamatkan penderitaan ayam berkenaan, telah menunjukkan ia gagal melaksanakan undang-undang Kesatuan Eropah (EU).
Undang-undang baru itu akan memaksa banyak pusat penyembelihan menggunakan kejutan elektrik yang lebih kuat terhadap ayam berkenaan sebelum ia disembelih.
Sebelum ini kejutan elektrik digunakan, namun ia hanya untuk melemahkan ayam tersebut sebelum ia disembelih.
Namun umat Islam menentangnya kerana binatang yang dibunuh sebelum disembelih, tidak lagi halal untuk dimakan.
Susulan itu juga Pihak Berkuasa Makanan Halal merancang untuk menjalankan kajian bagi mengelakkan kerajaan Britain melaksanakan undang-undang tersebut.
Beberapa negara sebelum ini cuba melaksanakan undang-undang tersebut namun ia berdepan dengan masalah kerana melibatkan hak asasi masyarakat.
Sumber: My News Hub




{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment