Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Lemas: Mayat Adik Mohd Osama Ditemui

Posted by kezamx on Monday, 9 June 2014





KUANTAN – Mayat murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Seri Iman yang hilang ketika berkelah bersama keluarganya di kawasan perkelahan Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing dekat sini Sabtu lepas ditemui pada pukul 9.35 pagi tadi.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota, Muhammad Najib Hashim berkata, mayat Mohd Osama Suparman, 12, dijumpai oleh orang kampung kira-kira satu kilometer dari tempat mangsa dikatakan terjatuh.



“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan akan dituntut oleh keluarga mangsa selepas bedah siasat dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Sementara itu bapa mangsa, Suparman Hanan, 46, ketika ditemui pemberita di perkarangan Jabatan Forensik HTAA berkata, beliau dan anggota keluarga menerima kematian anak kelima dari tujuh beradik itu dengan reda.



“Sudah takdir Allah…kami reda dengan pemergiannya. Kali terakhir saya jumpa dengan Osama pada minggu lepas dan saya sempat membelikannya sebiji bola dan stokin sebab arwah sangat minat dengan sukan bola sepak,” katanya.



Namun beliau terkilan kerana cita-cita Allahyarham untuk menjadi seorang ustaz tidak kesampaian.



“Dia tidak sabar untuk menduduki peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) sebab lepas tu dia nak masuk sekolah pondok, arwah nak jadi ustaz,” katanya.



Katanya jenazah akan dibawa dan dikebumikan di Kampung Jabor, Kemaman hari ini. Dalam kejadian Sabtu lepas, Mohd Osama dilaporkan lemas selepas terjatuh ketika turun membasuh tangan di sungai berkenaan.



Kejadian itu juga menyebabkan lima lagi saudaranya nyaris lemas akibat dibawa arus ketika cuba menyelamatkan mangsa, namun berjaya diselamatkan oleh sekumpulan pemancing yang berada tidak jauh dari kawasan kejadian.



Sumber: Bernama

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free