Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Polis nafi berita budak dijumpai

Posted by kezamx on Saturday, 17 May 2014





KOTA KINABALU: Polis menafikan khabar angin kanak-kanak mangsa culik, Low Min You, 3, sejak 9 Mei lalu dalam keadaan selamat dan kini berada di Pangsapuri Bukit Padang, dekat sini.



Difahamkan, khabar angin itu dikatakan tersebar luas di laman sosial yang mengaitkan kononnya penculikan itu dirancang bapa mangsa bagi mendapatkan wang tebusan.



Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, pihaknya belum menerima laporan mengenai perkara itu dan mangsa masih belum ditemui.



“Beritahu saya di mana kanak-kanak itu bersembunyi? Di mana kondominium itu.



Setakat ini, saya belum menerima laporan mengenai penemuannya (mangsa).



“Saya berharap mangsa masih selamat dan polis memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin atau maklumat yang belum disahkan.



“Lebih baik laporkan kepada polis sekiranya mereka tahu lokasi kedudukan Min You,” katanya ketika dihubungi, semalam.



Mengulas lanjut, Hamza berkata, seorang lelaki berusia 31 tahun dipercayai rakan bapa mangsa, turut ditahan bagi membantu siasatan.



“Lelaki ini ditahan pada Rabu lalu, iaitu hari sama ibu bapa mangsa diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.



Lelaki ini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.



Sumber: HM

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free