Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Parti Nasionalis Hindu – BJP - Kuasai India

Posted by kezamx on Saturday, 17 May 2014





Pilihan raya yang berlangsung di India pada tahun ini menarik perhatian seluruh dunia ekoran ia mencatat sejarah tersendiri.



Selain menjadi pilihan raya paling lama berlangsung di India, ia dikatakan pilihan raya terbesar di dunia apabila melibatkan 814.5 juta pengundi berdaftar.












Tambah menarik apabila Perdana Menteri sedia ada iaitu Manmohan Singh tidak bertanding untuk mengekalkan jawatannya.






Kini keputusannya sudah pun diketahui semalam (Jumaat). Pemimpin parti Hindu Bharatiya Janata (BJP), Narendra Modi diangkat menduduki kerusi Perdana Menteri yang baru buat India sekaligus mengalahkan penentang sengitnya, ketua parti antirasuah India, Arvind Kejriwal dan Ajay Rai daripada Parti Kongres.



Keputusan rasmi mengumumkan parti BJP memenangi sekurang-kurangnya 275 daripada 543 kerusi parlimen yang dipertandingkan.



Modi, 63, dalam kempennya berjanji akan memulihkan ekonomi India yang lesu di bawah pemerintahannya.



Jika melihat pada ‘rekod’ Modi sebelum ini, beliau pernah mencetuskan kontroversi dan dikritik apabila dianggap tidak berbuat apa-apa ketika berlaku keganasan anti-Islam hingga lebih 1,000 orang terbunuh di kawasannya di Gujarat ketika beliau menjadi Ketua Menteri di sana.



Insiden ini membuatkan visa Modi ke Amerika Syarikat pernah dibekukan seketika pada 2005.



Begitu pun selepas kemenangan Modi dalam pilihanraya India sekaligus menjawat jawatan Perdana Menteri, Barack Obama dikhabarkan telah menelefonnya mengucapkan tahniah serta menjemput beliau datang ke White House.



Sumber: Elza / My News Hub / CNN

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free