PUCHONG – Bengang apabila salah seorang penyewa tidak mahu menjelaskan tunggakan sewa dan menjadikan bilik disewanya port maksiat, pemilik rumah sewa itu bertindak mengunci pasangan berkenaan dalam satu ‘operasi cegah maksiat’ dilakukannya sendiri, di Kampung Seri Langkas Tambahan, Selasa lalu.
Difahamkan, kedegilan penyewa bilik berumur 27 tahun itumenjelaskan bayaran sewa bilik mengundang kemarahan pemiliknya sehingga memaksa dia berulang-kali datang ke bilik yang disewakan.
Pemilik itu mendapat maklumat penyewa biliknya seorang lelaki bujang turut tinggal bersama seorang remaja perempuan berusia 17 tahun sejak seminggu lalu.
Menurut sumber, berang dengan tindakan lelaki itu, pemilik bertindak melakukan rondaan sendiri sehingga lewat pukul 12.30 malam Isnin lalu di kawasan rumah tiga tingkat yang turut disewakan kepada belasan penyewa lain.
Namun, ketika pemilik membuat rondaan kedua-dua remaja lelaki dan perempuan yang dikatakan tinggal sebumbung itu tidak pulang ke rumah seperti biasa.
Pada keesokan harinya lebih kurang jam 7 pagi, pemilik rumah itu melakukan rondaan sekali lagi untuk mengesahkan perbuatan penyewanya.
Malang nasib penyewa lelaki itu apabila pemilik terdengar suara lelaki perempuan berbual di dalam bilik yang disewanya ketika melakukan intipan dari luar
Pemilik rumah itu bertindak mengunci pintu jeriji bilik dari luar dan menghubungi pihak jawatankuasa masjid.
Menurutnya, ketika ‘dipenjarakan’ dari luar, remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu menangis dan meminta pertolongan jiran.
Sinar Harian difahamkan, kedua-dua mereka kemudian dinikahkan di Shah Alam, kelmarin.
Sumber: Sinar Online




{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment