TAHNIAH diucapkan kepada pelakon veteran Ruminah Sidek, 68, atau Mak Mah kerana sudah selamat bergelar isteri kepada peneroka Felda Jelai Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 70, pagi tadi.
Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As Syarif, Meru Klang, memetik mStar Online.
Mak Mah turut menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan juga tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki.
Majlis persandingan yang diadakan selepas itu turut menyaksikan hampir 3,000 tetamu hadir bagi meraikan kedua-dua mempelai.
Ini merupakan perkahwinan keempat buat Mak Mah yang mempunyai enam orang anak, 20 cucu dan enam cicit.
Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu, tidak lama selepas mereka bertemu di Tanah Suci ketika mengerjakan umrah.
Mak Mah turut melahirkan rasa syukur dan gembira atas penyatuan tersebut dan mengharapkan peminat mendoakan kebahagiaan mereka hingga ke akhir hayat.
Tahniah sekali lagi!
Sumber: Elza / My News Hub




{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment