Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Sebiji Pil ‘Truvada’ Setiap Hari Mampu Cegah HIV?

Posted by kezamx on Saturday, 17 May 2014





KERAP kali kita mendengar mengenai kempen dan usaha oleh badan-badan tertentu bagi mendidik masyarakat tentang cara mencegah jangkitan HIV.



Pencegahannya termasuklah melalui kaedah penggunaan kondom dan juga tidak berkongsi jarum suntikan.



Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa terdapat satu kaedah baru yang telah diluluskan oleh pihak pengawal selia Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2012.



Kaedah tersebut ialah menerusi pengambilan sebiji pil Truvada setiap hari, yang dihasilkan oleh syarikat Gilead Sciences di California.






Ia disarankan bagi mereka yang mempunyai pasangan yang positif HIV atau mereka yang terlibat dengan pengambilan dadah melalui jarum suntikan.



Garis panduan rasmi mengenai penggunaannya telah dikeluarkan oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) AS kepada para doktor pada Rabu lalu.



Pada masa yang sama, ramai pihak yang tidak bersetuju dengan saranan tersebut yang disifatkan bakal mengganggu usaha dalam kempen menentang penularan AIDS di negara itu.



Presiden Yayasan Kesihatan AIDS Los Angeles, Michael Weinstein mengandaikan Truvada bakal mencetuskan ‘parti dadah’ termasuklah di kalangan individu sihat bagi mengelakkan jangkitan HIV.



Selain itu, saranan pengambilan pil tersebut dijangka akan menggalakan lagi aktiviti homoseksual khususnya di kalangan lelaki gay.



Hasil kajian CDC mendapati pil Truvada sememangnya efektif melawan jangkitan HIV sehingga 92 peratus, namun jika pasakit gagal mengamalkannya setiap hari, kesan efektif itu akan jatuh mendadak.



Pengambilan pil tersebut juga dijangka akan memberi kesan dari segi ekonomi kepada pengamalnya kerana kos bekalan untuk sebulan boleh mencecah antara antara $1,200 (RM3,871.80) sehingga $2,000 (RM6,453)



Sumber: My News Hub / AFP

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free