Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Terengganu Ingin Pastikan Tiada Pelajar Tercicir

Posted by kezamx on Sunday, 15 June 2014

image

Dalam mencapai matlamat Terengganu Maju 2020, kerajaan negeri ingin memastikan semua pelajar negeri ini berpeluang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ke peringkat tertinggi dan tidak berlaku keciciran pelajar.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dalam tempoh lima tahun ini, semua agensi perancang dan pelaksana antaranya jabatan kerajaan, badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) negeri ini perlu memainkan peranan dan tanggungjawab dalam merealisasikan hasrat itu.

“Agensi yang berkait rapat dengan kluster pendidikan seperti Yayasan Terengganu hendaklah mengemukakan pelan strategik untuk memastikan anak Terengganu terus mendapat pendidikan yang sempurna.

“Semua ketua jabatan dan agensi lain juga perlu membuat perancangan dan pelan halatuju transformasi di peringkat jabatan atau agensi masing-masing,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Forum Pendidikan Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.

Katanya, semua cadangan daripada jentera kerajaan akan disalurkan kepada Pusat Transformasi Rakyat (Putra) untuk diteliti bagi menghasilkan Pelan Transformasi Pembangunan Negeri yang menyeluruh.

Menurut Ahmad Razif, perancangan pembangunan negeri Terengganu akan ditumpukan kepada lima kluster iaitu ekonomi (industri, pelaburan, pelancongan), agama, belia dan sosial, pembangunan politik termasuk pendidikan.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free