Pages

kezamx. Powered by Blogger.

MB Beramah Mesra di Pasar Besar Cukai

Posted by kezamx on Friday, 13 June 2014

image

KEMAMAN, 13 Jun — Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini mengadakan lawatan mengejut ke Pasar Besar Cukai di sini bagi beramah mesra dengan penduduk tempatan.

Lawatan mengejut beliau tersebut dilakukan pertama kali di pasar tersebut selepas beliau dilantik menjadi menteri besar pada 12 Mei yang lalu.

image

Ahmad Razif yang disambut baik oleh penduduk tempatan turut dibawa melawat jeti nelayan di belakang Pasar Besar Cukai bagi melihat aktiviti perikanan yang dilakukan di situ.

Beliau turut meluangkan masa selama 30 minit untuk makan pagi di warung berdekatan dengan pasar tersebut dengan orang ramai bagi mengenali penduduk tempatan dengan lebih dekat.

Ahmad Razif turut diiringi oleh isteri beliau, To’ Puan Halina Zakaria serta Pegawai Daerah Kemaman Datuk Mustafar Khalid.

image

Sebelum itu, Menteri Besar Terengganu telah menyertai senamrobik di Padang Astaka di sini bersama-sama dengan parti Gerakan sempena Larian Anti Rasuah anjuran parti Gerakan.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free