Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Kerajaan Sedia Langkah hadapi El Nino

Posted by kezamx on Monday, 9 June 2014





PUTRAJAYA – Memastikan paras air di empangan mencukupi dan kesiapsiagaan pasukan bomba dan penyelamat menghadapi kebakaran hutan adalah antara langkah yang dirangka bagi menghadapi fenomena El Nino jika ia melanda negara, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel.



“Orang ramai diminta lebih bertanggungjawab dan tidak membuat pembakaran terbuka atau membuang putung rokok yang boleh membawa kesan besar dalam musim kemarau ini.



Masing-masing ada tanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pengurusan Sumber Air Malaysia 2014, di sini, hari ini.



El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik.



Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau panjang.



Pakar-pakar kaji cuaca tempatan belum dapat memastikan sama ada Malaysia menerima tempias El Nino pada kali ini namun jika ia berlaku, kemungkinannya ialah Malaysia akan menghadapi keadaan musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai pertengahan tahun ini.



Dalam ucapannya sebelum itu, Palanivel berkata terdapat pelbagai isu dan cabaran berkaitan pengurusan sumber air di negara ini antaranya berkaitan dengan kuantitinya yang berlebihan dan kekurangan pada masa-masa tertentu serta kualitinya yang semakin merosot.



Beliau berkata pengagihan air yang tidak seimbang, institusi untuk mengurus sumber air yang tidak tersusun, ketiadaan perundangan yang seragam, kekangan dalam penguatkuasaan undang-undang perlu ditangani secara berkesan bagi mencapai pengurusan sumber air negara yang lestari dan holistik.



“Kita sedia maklum sumber air negara mempunyai pertalian terus dari sudut sekuriti makanan, penjanaan tenaga, sektor industri, sektor perkhidmatan dan yang terpenting dan sering diabaikan iaitu aspek alam sekitar.



“Justeru pengurusan sumber air yang cekap dan berkesan merupakan fokus utama untuk pengekalan dan kelestarian sumber air di negara ini,” jelasnya.



Sumber: Bernama

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free