Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Azad, Eira buat laporan polis!

Posted by kezamx on Wednesday, 11 June 2014

PASANGAN selebriti Azad Jazmin dan isterinya, Eira Syazira tidak pernah kering daripada kontroversi.

Terbaharu, Eira didakwa telah menampar seorang kru produksi telefilem lakonannya, Pulanglah Abah.

Pergaduhan itu berpunca apabila kru tersebut meminta Eira menguatkan suaranya kerana tahap audio yang rendah ketika penggambaran berlangsung.

Bagaimanapun menurut Ei- ra, kru itu tidak menghormati dirinya tetapi sebaliknya telah membuat teguran dengan cara yang kurang sopan.

Azad pula sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan membela isterinya di sebuah program hiburan. Kata Azad tidak mungkin isterinya mampu membelasah seorang lelaki seperti yang didakwa kru tersebut.

hi_01.1

Azad juga sebelum ini dilaporkan telah menasihati isterinya itu supaya membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Justeru, apakah perkembangan terkini kes tersebut? Ikuti temu bual Kosmo! bersama Azad dan Eira yang ditemui pada majlis tayangan filem Suatu Malam Kubur Berasap 2 di Times Square, Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu.

Kosmo!: Apakah status kes yang berlaku antara Eira dan seorang kru produksi telefilem, Pulanglah Abah tersebut?

EIRA (E): Kalau boleh, saya tidak mahu ambil tahu dan lebih selesa untuk tidak bercakap mengenainya. Kes ini sudah menjadi besar dan saya sudah membuat laporan polis. Jadi, saya tidak mahu komen lebih- lebih mengenainya. Saya harap ia dapat diselesaikan dengan segera.

Mungkinkah anda menyimpan dendam terhadap kru tersebut kerana isu ini telah menjejaskan reputasi anda?

E: Tidaklah sampai menyimpan dendam. Saya jenis kalau marah habis di situ sahaja, tidak akan simpan dalam hati. Soal reputasi, hampir 12 tahun saya bekerja dalam industri lakonan, rasanya semua orang tahu cara saya bekerja. Sebelum ini tidak pernah saya mendatangkan masalah di mana-mana set penggambaran.

Apakah komen Azad dan Eira apabila dilabel sebagai pasangan kaki gaduh?

AZAD (A): Kami bukannya kaki gaduh, cuma kami merupakan pasangan yang suka berterus-terang dan bukan plastik. Maknanya, kalau tidak suka, kami akan cakap terus, tidak akan cakap belakang atau simpan dalam hati. Masalahnya, dalam dunia hiburan dan masyarakat kita hari ini, ramai yang plastik, baik di depan tetapi di belakang mengumpat berbakul- bakul.

hi_01.2

Bagaimana jika ada pihak yang kurang selesa dengan sikap terus-terang kalian?

A: Saya tidak kisah orang kata kami kaki gaduh, suka cakap lepas atau apa sahaja, apa yang penting kami sentiasa menyokong antara satu sama lain.

E: Bagi saya, berani kerana benar. Kenapa saya perlu takut atau risau dengan pandangan orang lain? Rasanya lebih baik saya bersikap berterus-terang daripada bersikap plastik.

Sebagai suami, apabila kes ini berlaku kepada isteri, apakah tindakan anda?

A: Sebenarnya, saya langsung tidak tahu-menahu mengenainya kerana perkara ini berlaku di set penggambaran telefilem lakonan Eira. Dia pun tidak ada cerita dengan saya dan saya tidaklah pergi serang lelaki itu, kerana cara itu salah, mengganggu proses penggambaran. Saya hanya tahu selepas isu itu kecoh dan dihubungi oleh pihak media untuk mendapatkan penjelasan. Sebagai suami, saya hanya memintanya membuat laporan polis dan menjawab sebarang tuduhan buruk yang dilempar kepada Eira.

Kes ini sudah pun sampai kepada pengetahuan pihak polis apabila Eira membuat laporan di Balai Polis Jinjang, Kepong, Selangor dua minggu lalu.

Adakah kalian serik apabila kes ini menjadi kontroversi yang besar?

Tidaklah serik sebab bukan saya yang cari masalah. Perkara ini tidak akan berlaku jika tidak ada orang yang memulakan dahulu.

Bukan saya juga yang membawa perkara ini kepada pihak media. Saya berani kerana saya berada di pihak yang benar. Biarlah kes ini disiasat oleh pihak polis.-Kosmo

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free