Pages

kezamx. Powered by Blogger.

6 bakar suar ditahan

Posted by kezamx on Sunday, 8 June 2014





KEDEGILAN sekumpulan lelaki yang membakar suar ketika berlangsungnya perlawanan akhir Piala FA antara Pahang dan FELDA United memakan diri apabila ditahan polis di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.



Enam lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an ditahan di dalam dan di pekarangan stadium itu kerana didapati melakukan pembakaran bahan yang dilarang pihak berkuasa.



Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintendan Ruslan Abdullah berkata, lima individu ditahan di dalam stadium dan seorang lagi di tahan di kawasan luar stadium.



“Semua suspek yang ditahan untuk siasatan lanjut dibebaskan selepas keterangan diambil dan polis akan merujuk perkara ini kepada timbalan pendakwa raya untuk mendapatkan arahan seterusnya.



“Tindakan mereka ini membahayakan penonton lain dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 357 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya ketika dihubungi, semalam.



Menurutnya, polis menasihatkan penyokong sesebuah pasukan supaya tidak membawa barang yang berbahaya ke dalam stadium ketika perlawanan.



Sumber: HM Online

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free