Pages

kezamx. Powered by Blogger.

2,000 Unit Kelengkapan Elektrik Dirampas

Posted by kezamx on Monday, 9 June 2014





PUTRAJAYA – Suruhanjaya Tenaga (ST) merampas kira-kira 2,000 unit kelengkapan elektrik pelbagai jenis dianggar bernilai RM28,000 yang tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dari sebuah premis di Mutiara Damansara, Petaling Jaya Sabtu lepas.



Pengarah Penguatkuasa dan Penyelarasan Kawasan ST Ir Othman Omar berkata pegawai suruhanjaya itu melakukan pemantauan awal terhadap premis yang tidak mematuhi Peraturan 97(1) iaitu menjual kelengkapan elektrik tanpa memiliki Perakuan Kelulusan sah daripada ST dan Peraturan 98 (tidak melabel kelengkapan dengan label SIRIM).



“Sebanyak dua notis amaran telah dikeluarkan oleh ST namun premis masih gagal untuk mematuhi notis dan sehingga 2 Jun lepas, premis masih menjual kelengkapan elektrik tersebut.



“ST memandang serius terhadap premis yang menjual alat kelengkapan elektrik yang tidak mematuhi undang-undang yang dikawal selia oleh suruhanjaya kerana ia tidak selamat dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius kepada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Jika sabit kesalahan, premis dan pengarah syarikat berdepan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM5,000 mengikut Peraturan 122 Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.



Sumber: Bernama

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free