KOTA BHARU: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan berbogel dalam bilik sebuah hotel bajet di Jalan Padang Garong, Kota Bharu, pada tengah hari Selasa.
Ketua polis Kota Baharu, ACP Azham Othman berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari.
Azham berkata, polis yang menerima laporan kemudiannya bergegas ke tempat kejadian.
Mayat ditemui dalam keadaan tertiarap pada pukul 1 tengah hari oleh pekerja hotel berkenaan yang kemudian memaklumkan kepada polis.
Mangsa berbangsa Melayu itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.
Siasatan masih dijalankan sama ada terdapat terdapat unsur jenayah berkaitan kematian lelaki itu. -AstroAwani
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment