Pages

kezamx. Powered by Blogger.

KL Hop-On Hop-Off Dibawa Ke Langkawi

Posted by kezamx on Tuesday, 6 May 2014





ALOR SETAR – Bas dua tingkat KL Hop-On Hop-Off (HOHO) akan dibawa ke Langkawi sempena Pesta Air Malaysia Langkawi 2014 yang bermula 9 hingga 10 Mei ini.



Pengarah Tourism Malaysia Kedah Roslan Othman berkata dengan kerjasama syarikat Elang Wah Sdn Bhd, buat julung kalinya HOHO dibawa ke Langkawi bagi mempromosikan pesta air, selain memberikan peluang pengalaman kepada pengunjung untuk melihat keindahan pulau peranginan itu secara percuma.



“HOHO ini akan mengadakan jelajah promosi pesta air di beberapa lokasi bermula 6 hingga 8 Mei sebelum dibawa ke Langkawi termasuk di hentian Rehat dan Rawat Tapah (arah utara), Stesen Keretapi dan Terminal Bas Aman Jaya Meru, Ipoh, Padang Kota Lama, Pulau Pinang dan perkarangan Wisma Darul Aman, Alor Setar.



“Jelajah promosi ini bukan sahaja mempromosikan pesta air Langkawi, malah ia turut mempromosikan acara-acara Tahun Melawat Malaysia 2014,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Bas HOHO akan berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang di enam hentian bermula di Tourist Information Centre (Pekan Rabu), Kuah Pandak Mayah 3 (canon shop), Hotel Ismail Group (HIG) Kompleks, Langkawi Parade, Mahsuri Hall dan Laman Padi.



Waktu operasi dari 10 pagi hingga 10 malam pada 9 dan 10 Mei. – BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free