Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Anak tak tahu ibu meninggal

Posted by kezamx on Tuesday, 6 May 2014





KUALA TERENGGANU: “Saya belum bersedia memberitahu ibu mereka sudah meninggal dunia kerana dua anak saya masih terlantar,” kata Eushaini Abdul Rahman, 43, bapa Nur Eusnaime Dayana, 11, dan Mohd Eusnaifi, 15, yang cedera parah di muka serta badan akibat kemalangan jalan raya yang mengorbankan bekas isterinya, Rosnazira Mahmood, 33, di Sungai Tong, Setiu, Ahad lalu.



Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, Rosnazira bersama dua anaknya menaiki menaiki kereta Proton Iswara dipandu teman lelakinya, Mohd Hafzan Jusoh @ Ab Ghaffar, 35, dari Sungai Udang, Melaka, untuk menziarahi ahli keluarga yang meninggal dunia di Kuala Krai, Kelantan.

Kereta mereka bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda Toyota Fortuner dinaiki dua lelaki yang terbabas berhampiran Balai Polis Sungai Tong.



Mohd Hafzan dan Rosnazira yang berada di depan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua anaknya yang berada di belakang cedera parah di muka serta badan, kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).



Eushaini ketika ditemui di Wad Multidisiplin Kanak-Kanak HSNZ di sini, semalam, berkata itu anak sulungnya, Mohd Eusnaifi, kritikal kerana cedera parah di mata serta anggota badan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ manakala Nur Eusnaime Dayana yang patah kedua-dua paha dan betis serta cedera di muka, stabil.



Menurutnya, sebaik mengetahui tragedi menimpa bekas isterinya malam Ahad lalu, dia segera bertolak dari tempat kerjanya di Kawasan Perindustrian Krubung, Melaka, ke Kuala Terengganu untuk menjaga dua anaknya di hospital.



“Pilu melihat anak yang terlantar dan terpaksa mengharungi dugaan ini namun saya akan berusaha menghilangkan penderitaan mereka dengan memberi sepenuh perhatian menjaga mereka berdua,” katanya.

Pekerja swasta itu berkata, dua anaknya masih tidak mengetahui kejadian sebenar malah tidak tahu ibu mereka sudah meninggal dunia dan dia tidak mahu terburu-buru memberitahu perkara sebenar “Biarlah mereka sembuh dan tenang, barulah saya beritahu,” katanya.- HM

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free