Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Dun P.Pinang Perkenal Sistem Penilaian Prestasi

Posted by kezamx on Monday, 19 May 2014





GEORGETOWN – Dun Pulau Pinang memperkenalkan sistem penilaian prestasi wakil rakyat bertujuan menilai prestasi Adun terutama pada sesi perbahasan.



Speaker Dun Pulau Pinang, Law Choo Kiang berkata, media pertubuhan bukan kerajaan, pelajar dan orang awam berpeluang menilai prestasi Adun sepanjang sesi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini menerusi borang yang disediakan.



“Ini adalah mekanisme yang pertama kali kami guna pakai di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang malah kami juga Dewan Undangan Negeri pertama di Malaysia yang memperkenalkan sistem ini.



“Oleh kerana kami tiada kes rujukan atau bahan rujukan maka tiada bahan rujukan untuk kami. Jadi, kami memulakan sistem ini dengan ‘dry run’ terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Dun, di sini hari ini.



Beliau berkata, borang itu dilengkapi empat topik penilaian utama iaitu kualiti perbahasan, nilai sudut pandang, penyelesaian masalah dan etika profesional.



Law menyasarkan 100 borang yang akan diisi pada peringkat permulaan dan jika percubaan itu berjaya, sistem penilaian prestasi itu akan diperluas secara dalam talian.



Beliau berkata, borang-borang yang telah diisi akan dikumpul dan dibincangkan bersama wakil rakyat untuk menambah baik perjalanan mesyuarat dan meningkatkan kualiti setiap Adun.



Hasil penilaian itu tidak akan didedahkan kepada orang awam kerana masih di peringkat percubaan, katanya.



Sumber: Bernama

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free