Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Arab Saudi Umum Kematian Terbaharu MERS

Posted by kezamx on Monday, 19 May 2014





RIYADH – Pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi pada Isnin melaporkan kematian baharu akibat virus MERS, menjadikan jumlah kematian keseluruhan akibat penyakit ini sebanyak 169.



Kementerian Kesihatan di laman webnya berkata mangsa terbaharu kepada Sindrom Pernafasan Timur Tengah ini adalah seorang lelaki berusia 59 tahun yang meninggal dunia pada Ahad di bandar di barat Taif.



Turut dilaporkan, dua jangkitan baharu, satu di Riyadh dan satu lagi Jeddah, menjadikan jumlah kes MERS sebanyak 531.



Negara-negara lain termasuk Mesir, Jordan, Lebanon, Belanda, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat juga telah mencatatkan kes, kebanyakannya terdiri daripada mereka yang pernah berkunjung ke negara-negara padang pasir.



Seperti virus SARS, MERS muncul dan menyebabkan jangkitan paru-paru, dengan pesakit yang mengidap batuk, kesukaran bernafas dan demam.



Tetapi MERS berbeza kerana ia juga menyebabkan kegagalan buah pinggang.



Sumber: AFP

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free