Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Curi kereta selepas bunuh kawan

Posted by kezamx on Monday, 19 May 2014





MIRI: Seorang warga Indonesia dibunuh rakan senegaranya di sebuah gerai minuman di Kuala Baram di sini malam tadi.



Muhammad Zainul Arifin, 24, yang bekerja di sebuah syarikat perkapalan ditikam dengan pisau kira-kira pukul jam 10 malam.



Ketua Polis Miri, ACP Gian Tian Kee, berkata seorang suspek telah ditahan sementara pisau yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu ditemui.



Beliau berkata, mangsa sedang minum bersama rakannya dan bertemu dengan tiga suspek dalam gerai yang sama.



“Mangsa dan tiga suspek berkenaan kemudiannya pergi ke sebuah lorong berhampiran dan tidak lama kemudian mangsa dilihat oleh saksi-saksi berjalan terhuyung-hayang dan rebah di bahu lorong itu.



“Siasatan awal mendapati mangsa ditikam di sebelah kiri perut. Orang awam cuba untuk menyelamatkannya dengan menghantar ke Hospital Miri tetapi mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.



Beliau berkata, dua suspek yang melarikan diri itu kemudiannya dipercayai terbabit merompak kenderaan pikap yang dipandu seorang mekanik berusia 34 tahun pada jam 3.40 pagi ini.

“Mereka mengacukan pisau kepada mangsa sebelum melarikan pikap berkenaan serta wang tunai berjumlah RM1,400 yang terdapat dalam kenderaan itu,” katanya.



Polis sedang memburu kedua-duanya.



Sumber: Bernama

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free