BOGOTA – Sekurang-kurangnya 31 kanak-kanak maut manakala 25 yang lain parah apabila bas yang mereka naiki terbakar ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di bandar Fundacion, utara Colombia, semalam.
“Mereka yang parah didapati melecur dua pertiga daripada seluruh anggota badan dengan kebanyakannya berada dalam keadaan kritikal,” kata jurucakap palang merah, Cesar Uruena.
Mangsa berusia antara satu dan lapan tahun dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani aktiviti keagamaan, kata Datuk Bandar Fundacion, Luz Stella Duran.
Jabatan polis Magdalena berkata bas berkenaan meletup pada tengah hari dan api marak dengan cepat menyebabkan proses mengecam mangsa mengalami kesukaran.
Stella Duran berkata, menurut kenyataan mangsa, pemandu bas dilihat memegang bekas berisi petrol ketika berada di dalam bas.
Sumber: My News Hub / AFP




{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment