Elena Baltacha, bekas top 50 pemain tenis terbaik seluruh dunia dilaporkan meninggal dunia akibat kanser hati, pagi tadi.
Elena menghembuskan nafas terakhirnya dikelilingi suami, ahli keluarga dan rakan-rakan di kediamannya di London.
Elena yang dilahirkan di Ukraine mula mewakili Britain pada sukan Olimpik di London 2012, disahkan menghidap penyakit berbahaya itu Januari lalu, dua bulan selepas dia mengambil keputusan bersara daripada sukan tenis dan beberapa minggu selepas mengahwini suaminya, jurulatih tenis, Nino Severino.
Severino menyifatkan kehilangan isterinya di usia 30 tahun sebagai sesuatu yang sangat menyedihkan kerana Elena disifatkannya sebagai seorang yang sangat cantik, berbakat dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam bidang diminatinya.
Oleh: Audrey Lee / MyNewsHub
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment