TINDAKAN seorang bapa di Britain membawa bayi lelakinya ke stadium untuk menonton perlawanan bola sepak ternyata mendapat reaksi negatif daripada orang ramai.
Bayi yang baru berusia empat hari itu baru dibenarkan keluar dari hospital 30 minit sebelum itu, memetik Daily Mail.
Menurut bapanya, Anthony Roach, 39, dia mahu anaknya Arlo Roach menyaksikan perlawanan pasukan kegemarannya, Torquay United menentang Wycombe Wanderers.
Ia sekaligus menjadikan Arlo sebagai penonton termuda pada perlawanan itu.
Kebanyakan pembaca menyifatkan tindakan Anthony itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh mendedahkan bayinya kepada pelbagai penyakit akibat bersesak dengan orang ramai.
Berikut adalah antara komen yang diterima:
Kami sendiri setuju dengan pendapat mereka kerana sistem ketahanan badan bayi masih belum berkembang sepenuhnya terutama pada awal kelahiran.
Beringatlah ya…
Oleh: Elza / MyNewsHub
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment