Bapak Abdullah C.D., Pengerusi Parti
Komunis Malaya dan satu-satunya pengasas Rejimen Ke-10 yang masih ada,
yang dihormati dan dikasihi,
Para pegawai dari Pejabat Daerah Sukhirin yang dihormati,
Pegawai Penghubung dari pihak tentera yang dihormati,
Para tetamu dari Malaysia yang dihormati,
Kawan-kawan dan saudara-saudari yang dihormati,
Salam mualaikum warahmatullahi wabarahkatuh,
Pada 21 Mei 65 tahun yang lampau, di satu tempat yang bernama Lubuk
Kawah, Temerloh, Pahang telah dilangsungkan satu upacara yang ringkas
tapi khikmat, iaitu upacara penubuhan Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan
Nasional Malaya (TPNM) pimpinan Parti Komunis Malaya (PKM). Kita sebut
upacara itu ringkas tapi khikmat kerana ia hanya disertai oleh 17 orang
anggota asas Rejimen Ke-10, tapi ia mempunyai erti yang amat besar.
Semenjak hari itu, walaupun menghadapi seribu satu kesulitan, seperti sangat kekurangan senjata, kewangan, bahan makanan dan kelengkapan tentera lainnya, tiada pengalaman bertempur dan kader-kader yang berpengalaman, terpaksa menghadapi berbagai serangan dan kepungan bertubi-tubi daripada pihak kaum penjajah semenjak ia ditubuhkan, akan tetapi, Rejimen Ke-10 terus-menerus berkembang membesar dalam kancah perang. Platun demi platun berturut-turut didirikan, demikian juga kompeni demi kompeni. Rejimen Ke-10 mungkin pernah rebah dan luka, tapi Rejimen Ke-10 tidak dapat dibasmi.
Rejimen Ke-10 didirikan setelah 11 bulan Undang-Undang Darurat dikuatkuasa oleh penjajah British pada bulan Jun tahun 1948. Setelah melakukan persiapan politik dan militer yang rapi selama 3 tahun, penjajah British akhirnya telah mengambil keputusan untuk menghayunkan pisau bantainya membasmi kekuatan patriotik-demokratik yang semakin membesar di bumi Malaya dengan mengisytiharkan Undang-Undang Darurat di kawasan-kawasan tertentu pada 18 Jun kemudian memperluaskannya pula ke seluruh negara termasuk Singapura 6 hari kemudiannya iaitu pada 24 Jun tahun 1948. Teror putih mengelubungi bumi Malaya termasuk Singapura.
Di bawah Undang-Undang Darurat itu, semua parti dan pertubuhan yang
progresif dan kiri termasuk PKM, PKMM dan sebagainya telah diharamkan.
UMNO yang menjadi pengikut setia dasar kaum penjajah adalah satu-satunya
parti politik yang dibenarkan hidup. Di bawah Undang-Undang Darurat
itu, beribu-ribu tokoh patriot-demokrat telah dijebloskan ke dalam
penjara, bahkan sesetengahnya telah dijatuhkan hukuman mati. Hampir
semua tokoh-tokoh patriot-demokrat Melayu telah ditangkap dan
dijebloskan ke dalam penjara, antaranya termasuklah tokoh-tokoh Melayu
yang amat terkenal pada masa itu seperti Dr. Burhanudin al-Helmy, Ahmad
Bostamam, Rashid Maidin dan lain-lain. Kamarulzaman Teh dijatuhkan
hukuman mati. Abdullah C.D. juga ditangkap tapi beliau berjaya
melepaskan tangannya dari gari musuh lalu melarikan diri. Di bawah
Undang-Undang Darurat itu, berpuluh-puluh ribu rakyat Malaya keturunan
Tionghua dan India telah diusir secara paksa oleh kaum penjajah British
ke negeri asal mereka, walaupun mereka itu sebenarnya telahpun
menganggap Malaya sebagai tanahair mereka dan mereka telah memberikan
sumbangan-sumbangan yang amat berharga dan kekal abadi kepada tanah
bertuah ini.
Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya yang dari komander sampai ke perajurit-perajuritnya semua terdiri daripada bangsa Melayu ditubuhkan demi misi besar mengusir kaum penjajah British. Ia adalah kesinambungan yang tidak dapat diputuskan apalagi dinafikan daripada perjuangan-perjuangan anti penjajah bangsa Melayu kita sejak kaum penjajah menguasai wilayah bumi ini sejak 503 tahun yang lalu iaitu semenjak tahun 1511. Bahkan perjuangan anti penjajah yang dilancarkan oleh Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya pimpinan Parti Komunis Malaya ini dilancarkan pada tahap dan kesedaran yang lebih tinggi, iaitu dengan cita-cita luhur dan suci mengusir kaum penjajah daripada bumi Malaya dan menbina satu negara yang lebih indah, lebih maju, lebih adil dan lebih demokrasi.
![]() |
| Kawan Indradjaya sedang menyampaikan ucapan |
Pegawai Penghubung dari pihak tentera yang dihormati,
Para tetamu dari Malaysia yang dihormati,
Kawan-kawan dan saudara-saudari yang dihormati,
Salam mualaikum warahmatullahi wabarahkatuh,
![]() |
| A.D.O. Sukhirin |
Semenjak hari itu, walaupun menghadapi seribu satu kesulitan, seperti sangat kekurangan senjata, kewangan, bahan makanan dan kelengkapan tentera lainnya, tiada pengalaman bertempur dan kader-kader yang berpengalaman, terpaksa menghadapi berbagai serangan dan kepungan bertubi-tubi daripada pihak kaum penjajah semenjak ia ditubuhkan, akan tetapi, Rejimen Ke-10 terus-menerus berkembang membesar dalam kancah perang. Platun demi platun berturut-turut didirikan, demikian juga kompeni demi kompeni. Rejimen Ke-10 mungkin pernah rebah dan luka, tapi Rejimen Ke-10 tidak dapat dibasmi.
![]() |
| Leftenan wakil Unit Penghubung tentera Thai |
Rejimen Ke-10 didirikan setelah 11 bulan Undang-Undang Darurat dikuatkuasa oleh penjajah British pada bulan Jun tahun 1948. Setelah melakukan persiapan politik dan militer yang rapi selama 3 tahun, penjajah British akhirnya telah mengambil keputusan untuk menghayunkan pisau bantainya membasmi kekuatan patriotik-demokratik yang semakin membesar di bumi Malaya dengan mengisytiharkan Undang-Undang Darurat di kawasan-kawasan tertentu pada 18 Jun kemudian memperluaskannya pula ke seluruh negara termasuk Singapura 6 hari kemudiannya iaitu pada 24 Jun tahun 1948. Teror putih mengelubungi bumi Malaya termasuk Singapura.
![]() |
| wakil rakan2 dari Malaysia saudara Anas Abd. Jalil |
Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya yang dari komander sampai ke perajurit-perajuritnya semua terdiri daripada bangsa Melayu ditubuhkan demi misi besar mengusir kaum penjajah British. Ia adalah kesinambungan yang tidak dapat diputuskan apalagi dinafikan daripada perjuangan-perjuangan anti penjajah bangsa Melayu kita sejak kaum penjajah menguasai wilayah bumi ini sejak 503 tahun yang lalu iaitu semenjak tahun 1511. Bahkan perjuangan anti penjajah yang dilancarkan oleh Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya pimpinan Parti Komunis Malaya ini dilancarkan pada tahap dan kesedaran yang lebih tinggi, iaitu dengan cita-cita luhur dan suci mengusir kaum penjajah daripada bumi Malaya dan menbina satu negara yang lebih indah, lebih maju, lebih adil dan lebih demokrasi.
Sekian.
Wassalam.








{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment