Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Tarian ghairah atas meja

Posted by kezamx on Monday, 19 May 2014




ANTARA GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan

KUALA LUMPUR – : Tarian seksi dengan hanya memakai pakaian dalam menjadi tarikan di dua pusat hiburan di Jalan Klang Lama di sini, yang diserbu polis Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Kuala Lumpur, kelmarin.



Dalam serbuan Op Noda kira-kira jam 9.30 malam itu 69 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan, 67 berasal dari Thailand dan masing-masing seorang dari Sepanyol dan Pakistan.



Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Bahrin Mohd Rose berkata, semua wanita itu berusia antara 24 dan 30 tahun dan ketika serbuan dua pusat hiburan itu dipenuhi lebih 50 pelanggan lelaki.



“Semua wanita yang ditahan menyalahgunakan pas lawatan sosial manakala premis hiburan itu tidak mempunyai lesen yang sah,” katanya.

Seorang penjaga pusat hiburan itu memberitahu semua wanita warga asing terbabit menari dengan hanya berseluar dalam dan memakai coli di atas meja bagi menghiburkan pelanggan.

“Kelab buka jam 10 malam pada setiap hari, bagaimanapun tarian berahi hanya akan bermula tepat jam 12 tengah malam,” katanya yang enggan dikenali.



Menurutnya, penari akan menari selama 20 minit untuk satu sesi sebelum berehat dan disambung semula 30 minit kemudian sehinggalah jam 2 pagi sebelum premis ditutup.



Sumber: HM

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free