Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Samsung diarah bayar Apple RM390 juta

Posted by kezamx on Sunday, 4 May 2014

SAN JOSE, CALIFORNIA – Samsung telah diarahkan membayar RM390 juta kepada Apple oleh mahkamah Amerika Syarikat (AS) kerana mencabuli dua paten telefon pintar milik Apple, lapor Reuters.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan, Apple menuduh Samsung mencabul paten ciri-ciri telefon pintar termasuk pencarian universal sementara Samsung menafikannya.

Samsung

Semalam, mahkamah membuat keputusan pembuat telefon pintar Korea Selatan itu telah mencabuli dua paten Apple.

Apple dan Samsung telah melalui jalan undang-undang untuk tiga tahun dan pembuat iPhone itu telah mendapat RM3,038 juta dalam perbicaraan pada 2012 tapi Apple gagal meyakinkan mahkamah untuk mengeluarkan perintah injuksi kekal terhadap penjualan telefon Samsung di AS.

Kes terkini ini melibatkan lima paten Apple yang tidak termasuk dalam perbicaraan 2012 yang meliputi ciri-ciri seperti ‘slide-to-unlock’ dan teknologi enjin carian. -Sinar Harian

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free