Pages

kezamx. Powered by Blogger.

PRK Parlimen Bukit Gelugor : Calon PAS Hanya Bawa Simbol Roket

Posted by kezamx on Sunday, 11 May 2014

PRK Parlimen Bukit Gelugor : Calon PAS Hanya Bawa Simbol Roket


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan ‘menghantar’ calon untuk bertanding dalam Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di majlis perasmian pusat operasi utama PRK Bukit Gelugor, Pulau Pinang, lapor Roketkini semalam.

Sehubungan itu, katanya, calon PAS pada kali ini akan bertanding dengan membawa logo roket.

“PAS akan hantar calon, iaitu calon yang dihantar oleh DAP,” umumnya disambut sorakan hadirin.

Menurut beliau yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu, sesiapa yang mengaku ahli PAS dan menghantar borang pada hari penamaan calon adalah bukan ahli PAS dan bukan calon yang direstui.

“Calon PAS hanya bawa simbol roket!” tegas beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Beliau menyifatkan PRK Bukit Gelugor adalah simbol perjuangan demokrasi dan perlembagaan dan pengundinya pula mewakili keseluruhan rakyat Malaysia.

Mohamad menegaskan, PAS akan bekerja keras bersama-sama jentera Pakatan Rakyat untuk memenangkan calon yang dihantar oleh DAP.

PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya berhampiran Gua Tempurung, Ipoh pada 17 April lepas.  

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 21 Mei manakala penamaan calon pada 12 Mei.  

Pada PRU13 lalu, mendiang Karpal Singh yang mendapat 55,839 undi memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon BN Teh Beng Yeam, yang memungut 13,597 undi.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free