Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Penerbit drama bersiri hantar mesej lucah 'nak jilat'

Posted by kezamx on Sunday, 11 May 2014

Penerbit drama bersiri hantar mesej lucah 'nak jilat'

Terlopong seketika apabila Sha baca mesej dikirim seorang penerbit terkenal kepada pelakon baru yang menghadiri uji bakat untuk drama bersiri.

Pendatang baru itu memang ‘jambu’ dan ada potensi untuk diketengahkan. Nak dijadikan cerita, penerbit itu berkenan dengan jejaka berkenaan dan menjanjikan peranan dalam drama baru terbitan syarikat produksinya.

Selepas uji bakat, penerbit itu mula mengirim mesej berbaur nakal. Pengsan membacanya. Jilat? Nak jilat apa pun tak tahulah.

Boleh tahan juga penerbit ini mengayat. Si pelakon baru itu sedia maklum permainan penerbit berkenaan kerana diberi amaran oleh kawannya yang terlebih dulu berkecimpung dalam arena seni.

Dia tak ambil serius mesej nakal itu, sebaliknya menganggap ia sebagai gurauan. Mujur sejenis, kalau lain jantina dah boleh sabit gangguan seksual.

Mungkin betul penerbit itu sekadar mengusik dan tidak ada niat lain, tetapi harap selepas ini lebih berhati-hati kerana perkara sebegini boleh mengundang tanggapan tidak elok kepadanya.

Kalau dibuatnya si penerima mesej ambil serius dan dipanjangkan ke laman sosial, tak ke naya?

Andai itu berlaku, niat bergurau mungkin bertukar mimpi ngeri. Saranan Sha, harap lebih berhati-hati selepas ini. Maklumlah, bukan semua orang boleh terima atau menganggap ia sebagai gurauan.

Sumber 

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free