Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Mesyuarat Rundingan TPPA Dua Hari Bermula

Posted by kezamx on Monday, 19 May 2014





SINGAPURA – Menteri-menteri Perdagangan dan pegawai dari 12 negara peserta dalam rundingan Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), berhimpun di sini untuk satu lagi pusingan rundingan, sambungan kepada mesyuarat peringkat menteri pada Februari lalu.



Pada pertemuan sebelum ini di sini, mereka bersetuju ke atas sebahagian besar kepentingan bersama yang dikenal pasti pada pertemuan Disember.



Pada mesyuarat dua hari itu yang bermula hari ini, Malaysia diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed manakala negara lain diwakili ketua perunding masing-masing.



Turut hadir Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Lim Hng Kiang; Menteri Perdagangan dan Pelaburan Australia, Andrew Robb; Menteri Ekonomi dan Dasar Fiskal Jepun, Akira Amari; Menteri Perdagangan New Zealand, Tim Groser dan Menteri Perniagaan Luar Peru merangkap Menteri Pelancongan, Magali Silva Verlande-Alvarez.



Mesyuarat itu yang dihoskan Singapura, turut dihadiri Duta Besar Amerika Syarikat Michael Froman.



Sebelum mesyuarat itu, ketua perunding dan pakar perdagangan bertemu di Vietnam dari 11 Mei hingga 17 Mei.



Antara isu yang dibincangkan di Ho Chi Minh City termasuk pakej akses pasaran barang dan perkhidmatan, isu perundangan dan institusi, hak cipta intelek, alam sekitar, tekstil dan perkhidmatan kewangan.



Dua belas negara yang menyertai TPPA ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat, Vietnam dan Singapura.



Sumber: Bernama

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free