MATI DALAM KEADAAN TERLANJANG TERTIARAP DALAM BILIK HOTEL | KOTA BHARU – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tidak berpakaian dan tertiarap dalam bilik sebuah hotel di Jalan Padang Garong di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 1 tengah hari.
“Mayat ditemui dalam keadaan bogel dan tertiarap oleh pekerja hotel berkenaan yang kemudian memaklumkan kepada polis.
“Mangsa, yang berusia lingkungan 30-an dan berbangsa Melayu itu dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.
“Pihak kami masih menunggu laporan lanjut sama ada ada unsur jenayah ataupun tidak,” katanya, lapor Bernama
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment