Pages

kezamx. Powered by Blogger.

LATIHAN ALA-TENTERA DALAM NEGARA SECARA RAHSIA

Posted by kezamx on Sunday, 4 May 2014



BEKAS PEMUZIK BERLATIH ALA-TENTERA DALAM NEGARA SECARA RAHSIA | KUALA LUMPUR 3 Mei - Bekas pemuzik sebuah kumpulan rock terkenal tanah air pada tahun 90-an yang dikatakan antara puluhan rakyat Malaysia yang pergi ke Syria atas nama perjuangan jihad, dipercayai pernah menyertai satu kumpulan yang menjalani latihan ala-ketentera­an secara rahsia di negara ini lima tahun lalu.

Kumpulan itu yang pada dasar­nya menjalani latihan sukan me­nembak seperti paintball, sebenar­nya mencari individu yang sesuai untuk dipilih pergi berjihad ke negara-negara bergolak.

BERLATIH ALA-TENTERA DALAM NEGARA SECARA RAHSIA

Latihan itu juga didakwa menggunakan senjata tiruan yang telah diubah suai seperti senjata sebenar seperti AK-47, MP4, Glock, bom asap dan lain-lain serta menggunakan peluru campuran airsoft (bi­asanya digunakan dalam sukan paintball) dan guli besi yang boleh menyebabkan bengkak jika terkena pada badan dan buta jika terkena ma­ta.

Salah seorang individu yang pernah menyertai latihan bersama pemuzik terbabit mendakwa, latihan ala-ketenteraan itu akan dijalankan di lokasi terpilih pada hujung ming­gu iaitu di kawasan ladang kelapa sawit di Selangor dan Johor, ba­ngunan lama di Pahang dan hutan di Kelantan yang jauh daripada penglihatan orang ramai.

Ujarnya, mereka biasanya menjalani latihan selama dua hari pada hujung minggu dengan bilangan peserta antara 40 orang hingga 500 orang termasuk wanita yang berusia antara 19 tahun ke atas.

"Kami dilatih oleh beberapa individu yang cekap mengendalikan senjata dan mereka mendakwa bertugas dalam pasukan keselamatan. Kami akan dipanggil berlatih oleh pemuzik itu atau beberapa rakannya secara percuma kerana latihan itu dibiayai oleh seorang ahli perniagaan dari luar negara dengan kos antara RM10,000 hingga RM20,000 untuk satu sesi.

"Pada mulanya kami seronok kerana menyangka latihan ini hanya untuk suka-suka. Lagipun segalanya dibiayai dan kami hanya perlu bayar duit minyak kereta sendiri dan duit makan. Tetapi lama-kelamaan saya menjadi cuak kerana latihan itu semakin serius termasuk diterapkan elemen jihad.

"Saya juga hairan kerana latihan yang dijalankan juga lama-ke­lamaan seperti latihan Unit Tindakan Khas (UTK) kerana kami diajar cara berperang, melerai dan memasang senjata, bagaimana cara untuk bersembunyi dan lain-lain lagi," dakwanya yang ditemui baru-baru ini.

Katanya, beliau mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada kumpulan itu apabila diajak untuk pergi berjihad dan mati syahid.

"Mereka tidak ajak semua. Hanya orang terpilih. Orang yang tidak dipilih memang tak tahu apa-apa. Selepas itu, baru saya faham apa sebenarnya tujuan latihan ini dan apabila berita mengenai rakyat Malaysia yang pergi berjihad di Syria keluar di media, saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya bersama kumpulan ini," katanya.

Beliau juga mendakwa, selain pemuzik itu, ada beberapa bekas artis yang turut terlibat dalam latihan termasuk seorang penyanyi dan pemain gitar kumpulan rock terkenal.

"Dalam kumpulan itu, selain pemuzik tersebut, saya kenal beberapa orang lagi yang turut pergi berjihad. Mereka ini terlalu taksub untuk mati syahid," katanya.

Rabu lalu Utusan Malaysia mendedahkan, puluhan rakyat Malaysia dikatakan pergi ke Syria sejak dua tahun lalu atas nama perju­angan jihad bagi membantu umat Islam di negara bergolak itu terma­suk seorang lelaki bergelar ustaz yang ditahan polis baru-baru ini.

Yang turut menyertai ustaz ber­ke­­naan ialah seorang bekas pemuzik sebuah kumpulan rock ter­kenal tanah air pada tahun 90-an.

Malah lebih mengejutkan ada antara rakyat Malaysia yang ke sana dipercayai terbunuh dalam pertempuran yang boleh dikaitkan sebagai pepera­ngan saudara di negara tersebut.

Sumber keselamatan mendedahkan, segelintir rakyat Malaysia dikesan pergi ke Syria setelah terpengaruh de­ngan dakyah pihak tertentu kononnya mereka boleh mati syahid di negara berkenaan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang menyiasat gerakan militan itu telah menahan 11 orang setakat ini termasuk seorang wanita bermula pada 27 April lalu hingga kelmarin dalam beberapa serbuan di Selangor, Kedah dan ibu negara.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free