MINGGU lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita yang mengatakan pelakon Izreen Azminda telah diceraikan di lokasi penggambaran selepas satu pertengkaran besar terjadi antara dirinya dan suami di Pulau Pinang. Namun, ianya dinafikan sendiri oleh suaminya.
Walaupun dalam laporan awal Izreen Azminda ada mengesahkan kejadian tersebut, penafian oleh suaminya sendiri telah menimbulkan tanda tanya dikalangan para peminat sama ada pasangan ini sudah sah bercerai atau masih bergelar suami isteri.
Bercakap kepada media di majlis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013, Izreen Azminda memaklumkan yang beliau tidak mahu memberikan apa apa komen lanjut tentang isu ini dan meminta semua pihak menunggu keputusan mahkamah berkaitan kes cerai beliau.
“Maaf, buat masa sekarang, kami tak mahu komen apa-apa lagi. Bagi saya dan Riza ruang untuk menyelesaikan perkara ini mengikut lunas undang-undang. Proses tersebut sedang berjalan. Saya tak mahu ulas pasal satus, nanti kita tunggu sahaja keputusan mahkamah”
“Saya tidak mahu lagi berbalas-balas kenyataan dengan Riza kerana bila lebih banyak kenyataan dikeluarkan, lebih banyak komen negatif timbul. Jadi biar kita sama-sama tunggu keputusan mahkamah sahaja,” jelas Izreen Azminda.
Dalam kenyataan sama, Izreen Azminda mengakui sudah sebulan tidka tinggal sebumbung dengan suaminya Muhamad Riza Baharuddin dan anak mereka, Adrian Umar tinggal bersama pelakon itu buat masa sekarang.
Sumber: Roti Kaya
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment