Pages

kezamx. Powered by Blogger.

ISU RISTEENA TIPU ADA IJAZAH

Posted by kezamx on Friday, 16 May 2014



RISTEENA TIPU ADA IJAZAH

RISTEENA (HEROIN DRAMA PLAYBOY ITU SUAMI AKU) KAN TOI MENIPU ADA IJAZAH? | Mula popular menerusi drama Playboy Itu Suami Aku, nama pelakon berusia 24 tahun ini dilihat sudah mula meningkat naik dalam industri.

Membawa watak heroin dalam drama tersebut, Risteena kini telah menarik perhatian beberapa orang pengarah tempatan untuk menjayakan filem dan drama mereka.

Bagaimanapun, menerusi laporan Metro, imej bersih yang dibawa oleh Risteena kini mula tercalar apabila timbul desas-desus bahawa pelakon ini didakwa telah berulang kali menipu orang ramai mengenai kelulusan pendidikannya.

RISTEENA TIPU ADA IJAZAH

Pelakon genit ini dikatakan sering menjaja cerita bahawa dia merupakan seorang graduan sarjana muda lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang penyiaran.

Namun, penipuan itu mula terbongkar apabila Risteena didakwa tidak menghabiskan pengajian semster akhirnya di institut pengajian tinggi tersebut.

Malah, Risteena dikatakan tidak dapat mengawal perasaan gementarnya apabila ditemubual oleh pihak wartawan mengenai perkara ini lantas cuba menukar topik perbualan.

Setahu penulis, memang ramai di kalangan warga media yang merupakan lepasan daripada program tersebut. Jadi, tidak hairanlah jika rahsia ini akan terdedah juga bukan? Apapun, diharap agar Risteena dapat tampil memberi penjelasan mengenai perkara yang sebenar.

Al-maklumlah, karier baru sahaja nak berkembang, sudah timbul pula cerita yang tidak enak yang sedikit sebanyak dilihat boleh menjejaskan kepercayaan pihak media kepadanya - Oh!Bulan

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free