China rancang bina landasan keretapi ke Amerika Syarikat
BEIJING 9 Mei - China sedang menimbangkan untuk membina landasan kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan negara ini dengan Amerika Syarikat (AS) sejauh 12,874 kilometer (km) yang mengambil masa kurang daripada dua hari perjalanan.
Bergerak pada kelajuan 349 kilometer sejam (kph), kereta api itu akan meninggalkan timur laut negara ini dan merentasi Siberia sebelum memasuki terowong sejauh 201 kilometer di Selat Bering, lintasan terpendek antara Rusia dan Alaska di Amerika Syarikat.
Kereta api itu kemudiannya menghala ke selatan menerusi Kanada sebelum tiba di destinasinya di AS.
Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada kerajaan AS, Kanada dan Rusia bersetuju dengan cadangan itu.
Bagaimanapun jurutera mendakwa kemudahan itu akan menjadi alternatif kepada perjalanan menerusi udara, lapor China Daily yang dipetik Mail Online.
Sekiranya siap, landasan itu berukuran 3,701 kilometer lebih panjang daripada Landasan Kereta Api Trans-Siberia, sekali gus menjadi laluan kereta api terpanjang di dunia.
Laluan landasan itu di bawah tanah juga merupakan empat kali lebih panjang daripada terowong Channel Tunnel yang menghubungkan Perancis dan United Kingdom.
China setakat ini telah membina rangkaian kereta api laju terpanjang iaitu lebih daripada 9,977 kilometer.

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment