Pasangan suami isteri paling berpengaruh dalam bidang muzik, Beyonce Knowles dan Jay Z dilaporkan bakal menamatkan perkahwinan mereka dalam jangka masa terdekat ini.
Menurut majalah Life&Style, Beyonce dan suami kini sudah tidak lagi menyimpan perasaan cinta di antara satu sama lain serta mahu kisah perpisahan mereka tidak diketahui umum.
Sumber terdekat dengan pasangan tersebut menceritakan bahawa Jay Z pernah berlaku curang selain Beyonce yang sudah tidak tahan dengan sikap mata keranjang suaminya itu.
Walaupun Beyonce dilaporkan bertekad untuk berpisah, namun dia mahu membuatnya secara senyap-senyap agar segala urusan tersebut berjalan lancar termasuk harta sepencarian kedua-dua mogul muzik tersebut.
Sebelum ini, adik Beyonce, Solange telah membelasah abang iparnya dalam lif sebuah hotel sejurus tamat sebuah majlis hiburan dan perbuatan Solange dikatakan ada kaitan di atas sikap gemar berfoya-foya Jay Z.
Sumber: My News Hub
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment