BEBERAPA
minggu lalu, beberapa rakan telah berkongsi rakaman suara aneh yang
didengari oleh penduduk apartmen Flora Damansara di Damansara Perdana
menerusi laman Facebook.
Penulis
sendiri pernah menyewa di salah sebuah blok di kediaman tersebut
kira-kira dua tahun lalu, namun tidak pernah melalui sebarang pengalaman
yang menakutkan.
Menerusi
laman Ping.Busuk, suara aneh itu didengari beberapa kali selepas pukul
11 malam dan kebimbangan itu turut dikongsikan melalui Facebook komuniti
penduduk di situ.
Berikut merupakan ‘screenshot’ penduduk yang mengadu mengenai perkara itu:
Berdasarkan perbincangan forum di ‘Cari.com‘, beberapa individu telah berkongsi mengenai cerita misteri di Flora Damansara.
Antaranya:
1.
“Member satu ofis ramai duk Flora Damansara. Al kisahnya ada semua unit
rumah sana adalah laluan orang bunian. x pernah ada yg lama menyewa
sana, kadar sewa pun murah. Citanya gini. kat rumah tu, area ruang tamu
nya adalah laluan bunian. imagine la, time tgk tv bleh tengok ada orang
lalu lalang kat depan, then tembus dinding. Ada sapa2 yg tahu rumah mana
satu? aku x tanya plak kawan aku tapi mmg betul2 ada sebab ada geng
satu ofis duk situ kejap je, terus pindah lain.”
2.
“sesiapa sini yang tau ttg kisah hantu di kawasa perumahan flora
Damansara? tapak ni bekas kubur orang asli..mula2 pindah dulu 2 malam
berturut2 jumpa rambut panjang berbelit kat pokok kaktus dlm
rumah..padahal kami rambut pendek je..huhuhu.”
3.
“flora damansara… opismate dulu ada stay situ… mlm mlm dgr la, makhluk
tu main tarik tin atas awning tingkap… bunyi tin dengan zink awning…
last last pindah gi kota damansara…”
Sejauh mana kebenarannya, hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui sama ada betul atau tidak cerita-cerita ini.
Apa pun, janganlah membiarkan ketakutan itu menguasai diri sehingga kita merasakan bahawa makhluk lain lebih berkuasa dari-Nya.
Wallahu a’lam…
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment