Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Anugerah Undang Luak Naning tidak sah

Posted by kezamx on Thursday, 8 May 2014










ABDUL Latif Hashim dan isterinya semasa Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Adat Pepatih Datuk Undang Wilayah Naning, Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.





ALOR GAJAH 29 Mei - Majlis penganugerahan darjah kebesaran dan anugerah gelaran kehormat yang disampaikan oleh Undang Luak Naning, Datuk Abdul Latif Hashim kepada 43 penerima pada satu majlis tertutup Selasa lalu dianggap sebagai tidak sah.



Jawatankuasa Lembaga Adat Naning, Omar Ali berkata, Abdul Latif bukan lagi Undang Luak Naning pada hari majlis penganugerahan itu berlangsung kerana telah dipecat daripada jawatan itu pada 21 Mei.



Menurutnya, Abdul Latif bukan lagi Undang Luak Naning selepas Lembaga Adat Naning yang dianggotai empat Tiang Balai bersepakat meluruhkan pesakanya (dipecat) pada 21 Mei lalu.



"Tindakan memecat Abdul Latif yang juga bekas Undang Luak Naning ke-19 diambil selepas beberapa kali Lembaga Adat memberikan surat teguran berhubung pelbagai salah lalu adat dan sivil namun tidak diendahkan olehnya," kata Omar ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.



Beliau berkata, tindakan Abdul Latif itu disifatkan sebagai satu penderhakaan kepada kerajaan negeri dan Yang Dipertua Negeri serta jelas melanggar Perlembagaan Negeri.



Katanya, istiadat seumpama itu tidak pernah dilakukan oleh Undang Luak Naning yang terdahulu sejak wujudnya institusi Adat Perpatih Naning lebih 300 tahun dahulu.



Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam baru-baru ini memberitahu, anugerah darjah kebesaran dan pingat gelaran kehormat yang diadakan tidak diiktiraf kerajaan negeri.



Ini kerana, menurut beliau, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penganjuran majlis tersebut oleh mana-mana pihak berkaitan.



Katanya, darjah kebesaran dan anugerah gelaran yang disampaikan itu adalah tidak sah dan tidak diiktiraf oleh kerajaan kerana hanya Yang Dipertua Negeri sahaja yang mempunyai hak mengurniakan sebarang darjah kebesaran.



Beliau berkata, penerima seharusnya memeriksa dengan bahagian protokol negeri terlebih dahulu bagi mengetahui sama ada darjah dan gelaran yang dianugerahkan itu diwartakan oleh kerajaan negeri atau tidak.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free