KUALA LUMPUR – Tindakan sebuah restoran di Bangsar, mengenakan caj parkir kepada kenderaan yang diletakkan di bahu jalan meskipun ia bukan ruang khas tempat meletak kenderaan, diragui.
Ini kerana, dengan konsep valet parkir, sebuah kaunter khas ditempatkan di bahagian pejalan kaki dan betul-betul di atas laluan khas OKU penglihatan.
Pekerja swasta, Ghafar Mohd, 37, berkata, tindakan itu dilihat berlaku sejak pembukaan pusat komersial di situ beberapa bulan lalu.\
Katanya, pihak premis berkenaan akan meletakkan kon sebagai menandakan kawasan berkenaan adalah berbayar.
Sementara itu, Wartawan Sinar Harian cuba meletakkan kereta di situ bagi melihat sendiri tindakan operator yang menjaga ‘parkir’ berkenaan.
Seorang pekerja meminta bayaran RM10 untuk caj meletak kereta, namun ketika wartawan Sinar Harian menyatakan keengganan untuk membayarnya, dia menawarkan bayaran RM5 sahaja.
“Mahu makan di mana? Jika di restoran ini, bayaran tidak dikenakan. Tapak ini (bahu jalan) hanya untuk pelanggan di sini,” ujar pekerja berkenaan.
Pekerja itu juga mendakwa menjaga kenderaan yang diletakkan di bahu jalan itu daripada di saman pihak berkuasa.
Seperti mana dakwaan Ghafar, Tinjauan Sinar Harian juga mendapati kaunter parkir itu ditempatkan betul-betul di atas laluan OKU cacat penglihatan.
Sumber: Sinar Online




{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment