Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Tindakan Wajar Perlu Pastikan Pesta Bogel Tak Menular

Posted by kezamx on Wednesday 6 August 2014





GEORGETOWN – Siasatan dan tindakan wajar harus diambil oleh pihak berkenaan bagi memastikan aktiviti pesta bogel tidak menular di negara ini.



Ketua Wanita Umno Pulau Pinang, Senator Norliza Abdul Rahim berkata pesta bogel yang didakwa berlaku di Taman Negara, Teluk Bahang di sini baru-baru ini merupakan kes serius dan tindakan segera perlu diambil untuk membanteras ia daripada berlaku di masa hadapan.



Kementerian Pelancongan juga harus mencari kaeadah agar pelancong yang memasuki negara ini diberi pendedahan awal mengenai budaya dan agama yang dianuti, katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Katanya pihak Taman Negara juga harus bertanggungjawab dan mencari kaedah terbaik untuk memantau pelancong-pelancong yang berada dalam kawasan jagaan mereka.



“Kami (Wanita Umno) memandang serius isu sebegini kerana kita tidak mahu mengundang lebih banyak masalah sosial dan moral yang mungkin timbul dalam kalangan masyarakat muda di negara kita,” katanya.



Video bertajuk ‘Pesta Bogel Di Teluk Bahang, Penang’ itu tersebar secara meluas di laman sosial sejak dua hari lepas.



Video berdurasi lima minit 52 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dewasa dalam keadaan bogel melakukan pelbagai aktiviti di sebuah pondok dan di tepi pantai berkenaan. – BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free