Pages

kezamx. Powered by Blogger.

PAS Tangguh Perbincangan Kedudukan MB Selangor

Posted by kezamx on Friday 8 August 2014





PETALING JAYA – Satu mesyuarat yang sepatutnya berlangsung pada minggu hadapan untuk membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar telah ditangguhkan kepada 17 Ogos depan.



Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata kepada Harakah Daily, mesyuarat pada hari Ahad minggu ini telah dianjakkan kepada hari Rabu.



“Masa dan tempat yang ditetapkan tidak berubah,” katanya.



Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata sama ada Pakatan Rakyat akan berjaya mengatasi krisis Menteri Besar yang berlaku atas semangat kebersamaan yang wujud dikalangan pemimpin komponen Pakatan Rakyat.



“Jika semua pemimpin Pakatan Rakyat, sama ada DAP, PAS atau PKR, akan menenruskan polisi bersama yang telah dipersetujui dan kerangka kerja yang telah dipersetujui, Pakatan Rakyat akan dapat menggantikan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14,” katanya.



PKR secara rasminya telah memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambilalih jawatan daripada Khalid.



Bagaimanapun, beberapa pemimpin kanan PAS mahu Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor.



Beliau sendiri telah menegaskan tidak akan berundur daripada jawatan yang disandangnya.



Ramai penganalisis meramalkan situasi semasa yang berlaku pada masa sekarang boleh menyebabkan Pakatan Rakyat tumbang. – BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free