Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Blogger BLOGSERIUS Didenda RM10,000 kerana hina Agong!!

Posted by kezamx on Sunday 17 August 2014




KUALA LUMPUR – Pengguna Twitter, Effi Nazrel Saharudin didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku salah atas dua pertuduhan menghantar komen jelik menghina Yang di-Pertuan Agong, tahun lalu.

Hakim, Zulqarnain Hassan memutuskan demikian terhadap Effi Nazrel yang juga dikenali sebagai 10befiend selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan dibacakan semula ke atasnya oleh jurubahasa.

Effi Nazrel selaku Orang Kena Saman (OKS) turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Terdahulu, pada 5 Jun lalu, Effi Nazrel didakwa atas dua pertuduhan menghantar dua komen jelik melalui akaun Twitter miliknya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah kondominium di Taman Puncak Desa, Kepong di sini, kira-kira jam 11.21 pagi dan 11.23 pagi, pada 1 Jun 2013.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 233(3) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – Berita Harian

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free