Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Abu Sayyaf minta tebusan RM5 juta bebaskan konstabe

Posted by kezamx on Monday 11 August 2014




Kumpulan bersenjata Abu Sayyaf dipercayai meminta wang tebusan RM5 juta untuk membebaskan polis marin Konstabel Zakiah Aleip, yang diculik dari Pulau Mabul, Sabah pada 12 Julai, lapor The Star hari ini.



Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dlaporkan berkata polis akan mengambil masa untuk memenuhi tuntutan itu kerana jumlahnya sangat tinggi.



"Akan mengambil masa, jumlahnya terlalu tinggi," beliau dipetik sebagai berkata.



Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jumlah yang diminta pengganas.

Katanya, sehingga kini, 42 panggilan diterima oleh isteri Zakiah dan anggota polis yang lain sama ada daripada Zakiah atau lelaki dari kumpulan bersenjata.



"Mereka juga membenarkan Zakiah bercakap dengan isterinya dan ahli keluarga lain, selalunya sebelah tengah hari atau petang," Jalaluddin dilaporkan berkata.



Katanya, Zakiah, 26, tidak cedera tetapi dipindahkan ke merata tempat oleh penculiknya dalam usaha mengelak dikesan polis Filipina.



Dalam kejadian 12 Julai itu, dia diculik dari Mabul Water Bungalows Resort di Semporna oleh 8 kumpulan bersenjata Filipina sementara rakannya Korporal Abdul Rajah Jamuan, 32, ditembak mati.



Jalaluddin berkata, baru-baru ini dia membincangkan kes Zakiah dan Chan Sai Chuin, 32, yang juga diculik dari penternakan ikan di Kunak pada 16 Jun dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pegawai Bukit Aman lain.



The Star melaporkan penculik Chan, juga dipercayai ahli Abu Sayyaf, menuntut RM3 juta untuk melepaskannya tetapi keluarga mangsa tidak mampu menyediakan jumlah tersebut.



Isterinya, Chin Pek Nyen memohon bantuan kerajaan dalam hal itu. – 12 Ogos, 2014. -TheMalaysiaInsider

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free